Hidup dilalui
tidak kita pilih tempat
tidak kita pilih siapa
tidak kita pilih status
tidak kita pilih segalanya
kerana semuanya ketentuan
kerana jika disuruh memilih nescaya kita akan gila
namun, bila akal kita sudah masak
kita diberi pilihan dalam ketentuan
boleh cuba pilih tempat namun ada faktor ketetapan
boleh cuba pilih kawan namun ada faktor kebetulan
boleh cuba pilih cinta namun ada faktor jodoh
boleh cuba pilih usaha namun ada faktor rezeki
boleh cuba pilih sihat namun ada faktor kematian
just lead me the way oh Almighty
Monday, April 11, 2016
Hukum Tarikan
Bahasa Inggeris: Law of Attraction
Mengikut teori logik, sesuatu itu akan menarik sesuatu yang sama dengannya. Kata orang putih hukum tarikan. Maksudnya hanya kekayaan akan menarik kekayaan, hanya kebahagian akan menarik kebahagian dan seterusnya...
Disini minda kita memainkan peranan yang sangat besar. bagaimana untuk menarik sesuatu yang ohsem bila ohsem tu tiada pada kita. how to attract love when we dont have the 'LOVE'. Bagaimana menarik kekayaan jika kita tiada kekayaan itu?
Anugerah terbesar manusia ialah akal yang membezakan darjat manusia dan binatang. Jika akal ini betul ia akan menarik perkara yang baik - baik saja.
Ramai orang kecewa dengan harapan manusia lain hingga akhirnya memilih untuk menyintai diri sendiri. Once dia memilih untuk menyayangi dirinya, nescaya zarah-zarah cinta di alam ini akan turut mendekatinya. Apabila bersatu jiwa cinta dan molekul cinta alami, kita akan melihat limpahan kasih sayang dari seorang insan kepada Penciptanya, alam sekitar, makhluk lain.
Tiada orang yang menyintai dirinya akan kecewa meskipun untuk beliau sampai ke tahap menyintai diri sendiri beliau akan melalui pelbagai duka, kecewa dan hampa. Bila cinta memenuhi dirinya, cinta itu akan melimpah untuk menyintai sekelilingnya. Cinta ini akan menginspirasi agenda membantu pihak lain. Lahirnya pembela hak manusia, pembela alam sekitar, haiwan terbiar dan lain lain akibat limpahan cinta ini.
Orang - orang kaya yang menyintai dirinya akan ingin membantu orang lain menjadi sepertinya. Maka untuk membantu orang lain beliau harus kaya dahulu sebelum ia mampu membantu. Bila ekosistem perkara positif ini dikaitkan maka lahirlah insan yang positif. Ia akan boleh tenang dalam kerja dan hidup kerana ia tahu tiada ertinya benci dan dendam.
Minda kaya
Minda tenang
Minda bahagia
membawa kepada
jiwa yang lebih dinamik menghadapi komplikasi hidup yang tidak berpenghujung.

Subscribe to:
Posts (Atom)